Wordless Wednesday 2# Sneak Preview for This Weekend

Stay tune this weekend! Nak let go some preloved and new items!



Wordless Wednesday 1# Dreams


Moga satu hari Allah makbulkan doa aku.
Moga satu hari impian seorang ibu kepada anaknya tercapai.
Moga satu hari nanti, aku berada di landasan yang benar.

Minggu ni ade 3 test berderet.
1 dah lepas, 2 lagi menanti.
Minggu depan pun ada jugak.
Fighting! Doakan aku :)

Pavlova dan Red Velvet untuk cuti mid sem

Setelah sekian lama tak update blog sebab terlalu busy dan tidak berkesempatan, so hari ni update ringkas. Itu pun guna fon je. Tak bawak power supply untuk laptop. Cuti mid sem habiskan masa dengan holiday dekat melaka dan buang masa.


Lagi satu habiskan masa satu hari baking dua kek. Satu red velvet dan satu lagi pavlova. Cuma aku rasa kek red velvet tu biasa je dan cepat muak. Aku patut pergi try red velvet dekat mana-mana kedai then baru boleh try baking untuk kali kedua. Untuk pavlova pulak mungkin kena kurangkan gula sebab terlalu manis.


Bila dah buat dua kek, rasa macam nak buka tempahan untuk students uitm pilah. Boleh tak? Tapi mak aku cakap tunggulah cuti nanti belajar lagi. Saja nak tambah side income kann. Hihii. So buat masa ni tu jela update untuk kali ni =)


Published with Blogger-droid v2.0.2

Segmen Blog Favourite 2 : Dian Pelangi

Hai semua !

Untuk segmen yang kedua ni kita pilih blog luar daripada Malaysia pulak. Kenapa ? Sebab suka hati aku nak pilih blog mana. Lagipun blog yang kedua ni memang sumpah best sebab dia banyak gambar je. Gambar cun punya ! Mostly entry post dia letak gambar dia lah. Senang cerita fashionista lah. Lagi satu blogger ni selalu sangat pergi travel. So bukan setakat dapat cuci mata tengok gambar aweks tapi dapat cuci mata tengok suasana negara lain jugak.

Blog favourite yang dimaksudkan tu adalah :


302440_2053427618705_1334970916_31885691_876092050_n

Selalunya orang gelarkan dia Dian Pelangi. Benda paling menarik dalam blog dia adalah gambar dia yang artistik. Post lah macam mana pun, memang gambar dia tip top ! Ada beberapa gambar dia tak pakai make up pun cun, muka memang nampak flawless. Cantik habislah kan. Dia memang pandai posing kan ? Yela sebab dia tinggi.

Aku rasa ramai je yang dah jadi follower dia sebab sekarang ramai pakai tudung bawal inspired by Dian Pelangi. So mestilah ramai kenal kan sebab banyak blogshop jual tudung bawal sekarang, plain bawal. Aku pun pernah cuba pakai tudung inspired by her. Memang cool sangat, sebab senang gila. Tapi sekarang gambar the latest dalam blog The Merchant Daughter banyak yang pakai selendang. Bagi korang yang tak kenal Hijab Style inspired by Dian Pelangi tu, bolehlah jengah ke blog beliau dan tekan older post banyak-banyak sampai jumpa okay !

IMG_7127

IMG_6862-3

Bagi korang yang selalu buntu nak pilih baju macam mana, nak pakai apa, bolehlah dapatkan ilham dari blogger ni. Cara pemakaian blogger ni sangat simple dan menepati ciri-ciri seorang Muslimah walaupun ada yang kurang menepati. Terutama sekali bagi mereka yang baru berhijrah daripada tidak bertudung kepada bertudung. Blogger ni boleh dijadikan panduan. Lagi satu lagi satu, kalau korang rajin, korang search la video perkahwinan blogger ni. Memang super awesome lah. So, apalagi? Check this out !

IMG_0270-3

Unexpected overnight

Bila hujung minggu rasa kosong, mulalah merancang itu dan ini. Apatah lagi bila Ombak Rindu dah ditayangkan. Rasa membuak-buak nak pergi tengok. Perancangan awal memang tak menjadi langsung. Perancangan last minute jugak terbaik. Last minute jugak pergi sewa kereta.

Bila last minit rancang mestilah ada mission nak dilaksanakan. Karaoke, Ombak Rindu dan Tutti Frutti Senawang. Ingatkan dalam masa setengah hari memang cukup untuk kami berlima complete kan mission ni, rupanya tak. Sebab Ombak Rindu pukul 4.30 petang tinggal seat depan, aku cadangkan untuk overnight, so pilih Ombak Rindu 7.10 petang barulah mission complete. Dyorang pun setuju. Sebelum berOmbak Rindu, pergi Green Box untuk menyumbangkan suara dan melayan lagu jiwang itu harus masa karaoke.


Pum pam pum pam pum pam, jam 9.30 terus pecut pergi senawang sebab nak kejar Tutti Frutti. Pukul 10 sampai, nasib baik buka lagi. Lagipun haritu soft launch Tutti Frutti Senawang, maybe dia tutup lambat plus haritu ada 20% diskaun. So macam rugi kalau lepaskan peluang. Walaupun dah pukul 10 malam, orang tetap singgah tutti frutti. Nampaknya macam ada sambutan, lepas ni mesti dia rasmikan. Satu benda yang kiteorang persoalkan dekat sini, "budak kecik sekarang makan tutti frutti, kita dulu makan aiskrim 20sen pusing-pusing tu je."


Mangkuk hijau : Death by Chocolate plus Vanilla yang memang tetap akan menjadi pujaan sampai bila-bila.
Mangkuk oren : Red Velvet plus starwberry

Lepas Tutti Frutti tak tau nak pergi mana, pergi ngeteh kejap tengok MaharajaLawak Mega. Boring kan MLM tu? Sambil-sambil bincang next destination around Senawang and Seremban. Malangnya memang tak tahu nak pergi mana. Bila dah naik kereta baru sepakat pergi KL. Memang unexpected. Mula-mula tak nak, last-last jadi. Pusing-pusing KL lepas tu pergi uptown Cheras dan singgah Putrajaya sebab nak sembahyang kat masjid tu. Tapi tapi tapi tak jumpa jalan. Sedih. Sebelum balik, breakfast mamak dekat Senawang then teruskan perjalanan ke Pilah.


Btw, thanks guy. Takdelah aku bosan sangat duduk kat tingkat 4 ni. Duduk sorang-sorang memang jadi pelajar cemerlang la kan. Next week pulak our 3 years anniversary. Tak tahu nak pergi mana. -_-


Untuk review Ombak Rindu. Aku bagi rating 2/5. Tak menyentuh emosi aku langsung. Aku lagi prefer LBS daripada Ombak Rindu sebab mungkin ada yang tak kena dengan watak dalam filem tu. Cuma, aku tak faham kenapa ada orang menangis teresak-esak ? Aku nak tunggu novel Adam dan Hawa pulak sebab bila aku baca novel tu membuatkan aku mengalirkan airmata.
previous